sukanya tengok mata dia ni.
kalau pergi kerja esok pakai macam ni ok tak?
confirm boss terkejut pelanduk sepatah kata k.ty
[entry merapu untuk malam hari ;p tajuk hanya ada kaitan dengan mata wanita itu saja]
"Bila dilanda musibah.. Hati tabah mula rebah.. Jangan biarkan dugaan.. Rapuhkan pedoman hidup.."
sukanya tengok mata dia ni.
kalau pergi kerja esok pakai macam ni ok tak?
confirm boss terkejut pelanduk sepatah kata k.ty
[entry merapu untuk malam hari ;p tajuk hanya ada kaitan dengan mata wanita itu saja]

Scooter type - RM2,888
yang ni sayur-mayur boleh letak dalam tong belakang. alamak tong belakang gambarnya tak nampak
ini apek yang menjual basikal ni. aeh salah, ini suamiku hahaha~ dia saja2 nak test. bukan nak beli pun. saja tanya itu ini, bagi anak apek ni penat jawab. sangat comel basikal ni. sebiji scooter anna.
saya tanya en. nazir, "kalau bawa pergi kerja kena pakai helmet ke?"
en. nazir kata "tak payah la ni kan basikal bukan motor"
ye ke? boleh la beli satu hahahaha~
takde maknanya nak beli basikal harga sampai 1-2k. baik beli benda lain.
tak puas lagi nak mencuba mamat ni. macam nak try tenggek kat belakang, tapi takut jahanam basikal ni kang ;)
inilah tauke yang sebenarnya. nama kedainya kedai pendawaian elektrik meng seng, taman nusa indah, jb. kalau siapa2 yang teringin nak memiliki basikal ni boleh terjah kedai anak apek ni ye. siapa yang duduk sekitar gelang patah, boleh pergi pasaraya thye. basikal ni masih ditayangkan depan pasaraya ni.
sekian terima kasih ;p
confuse makcik ;p


ni dania with her umi, my cousin. alhamdulillah kak, rezeki ko sampai dulu. doakan aku pulak nanti ye. nanti dania ada kawan hehehe~
*** untuk tatapan tok teh juga ;)


inilah abc makcik yang berniaga depan smk gelang patah, depan padang bola dan depan pejabat pos. bukan nak tutup pintu rezeki orang. sekadar nak berkongsi dengan sekalian penduduk area gelang patah. first and last la kami jadi customer makcik ni. patutlah nampak macam tak ada pelanggan. rupanya servicenya hampeh. dah namanya berniaga abc, bahan utama kan ais mana boleh ais tu tak ada stok. sangat tak boleh dimaafkan rasanya. kalaulah makcik ni baca blog ni kan bagus. saya rasa makcik lebih baik buka bisnes kat rumah dulu, agak2 dah kukuh cukup stok ais, baru bisnes kat luar rumah ya. selamat berjaya wahai makcik abc~
***nak bantu bisnes orang melayu, tapi orang melayu tak bersungguh2 nak buat bisnes



menu ketiga, sotong kurita goreng. mak memang selalu goreng sotong ni. kebetulan ada pulak sotong ni masa ke kedai. jadi saya beli 4 ekor, gaul2 dengan garam dan goreng macam tu je. sedap! lepas makan gigi, lidah semua jadi hitam hehehe~
menu2 tadi, dilengkapkan dengan sambal belacan yang yaaa aaa auwww pedasnya. ketam tadi dah tak pedas, jadi kenalah buat sambal belacan nanti en. nazir kata macam lauk orang sakit pulak ;)
sambal udang ni saki baki lauk malamnya. jangan membazir ye anak2. jadi kita selitkan balance sambal udang tu masa lunch.
tak sangka pulak ayah saya datang petang tu. dia tanya masak apa. kebetulan nasi ada lebih, ajak ayah makan sekali. wahh, berselera pulak dia makan. nyaris2 nak habis je ketam tu hehehe~ petang tu saya top up semula 4 ekor ketam untuk makan malam kami. nasib baik ada lagi ketam kat kedai. yang penting, sambal udang selamat dihabiskan oleh ayah. tq ayah.
itu dia cerita masak2 hari sabtu.

with aien..
ayam saya datang lambat. terpaksa bersabar menunggu. dah la lapar tahap sikit lagi nak gastrik. ayam pulak tak ada stock. sabar je la.
kan main panjang lagi muncung makcik ni makan bubur. tahniah untuk mint. buat julung2 kalinya makan bubur sampai licin. kalau tak, confirm saya dan aien yang tukang habiskan ;)
jumpa budak berdua ni memang nak gelak je. time ni la kami nak meluahkan isi hati masing2. ni sebahagian kawan ketawa dan menangis saya. luv both of u!
anna n mak, saya n ayah. sian pulak kat ayu yang tak ada time ni. oooppsss jangan sebut2 nama minah tu. tup2 kang ada je dia balik kang.ayah minum air suam je n kami minum apple juice. campur air semua kos, RM57.20. nasib baiklah murah. kalau dia charge mahal, harus saya komplen masa tu juga.
komen saya:
entry ni sekadar pendapat saya, seorang pelanggan yang suka mencuba apa saja jenis makanan halal tak kira di mana saya berada. kadang2 saya rasa ada peniaga yang menjual makanan tanpa menilai kualiti makanan yang dijual.
dua hari lepas saya dan family singgah di salah sebuah kedai makan di rnr machap. mak dan saya makan mee hoon soto, anna dan ayah makan nasi goreng n ayam goreng. dah tak ada pilihan lain kami terpaksa pilih makanan tu. perut pun agak lapar dalam pukul 12am macam tu.
bila tengok penampilan mee hoon soto tanpa kuah yang ditayang pada bekas kaca,nampak sedap. tapi, bila budak tu tambah kuahnya, terus rasa macam ni kuah soto ke? kuah sup nasi ayam. alahai.. cair betul kuahnya. terus tertutup selera saya time tu. sambal kicap pun tak rasa pedas langsung walaupun dah letak banyak. dalam hati saya kata sedap lagi soto aku buat sendiri ;p
rasa bengang juga, tapi dah beli makan je la walaupun tak habis saya ni memang peminat soto, sangat frustlah rasanya bila soto yang dimakan tu cukup syarat ada bahan2 tapi rasa kurang memuaskan. lupa pula nak snap gambarnya. mak saya pun sama tak habis makan. ayah yang memang lapar nasi, membedal sampai ke butir nasi yang terakhir. anna pula ala2 nak turunkan berat badan sentuh nasi pun tak banyak. saya sempat juga rasa ayam goreng dia. sejuk kaku dan keras ok. macam ayam dah goreng time pagi. sabar je la kan.
jadi kepada peniaga2 gerai/ warung/ restoran sila review semula resepi2 menu di kedai makan anda. kasihanilah kami para pelanggan yang membayar kos membeli makanan di kedai anda. kalau jual makanan sedap, tentu bertambah2 berduyun2 pelanggan yang datang. betul tak?
sekian, laporan si kuat makan ;)

selamat malam semua ;)
ke ayer hitam sekali lagi..
malam ni saya berkampung di rumah mak..
..ya server saya yang down ni ha.
pagi ni adalah pagi yang kusam, suam2 kuku dan yang seangkatan dengannya. sebab apa? sebab saya adalah mengantuk tahap dewa2 ni. seriuos uolls. malam tadi sampai rumah around 1am, borak2 dengan En. Nazir lepas tidur dalam pukul 2am. haiyoooo.. manyak ngantuk wooo.
malam ni sure tidur lambat lagi sebab malam ni nak bawak mak lagi. tak apalah berkorban apa saja untuk mak tersayang. lokasi tempat kami berubat adalah di Kg. Kota Dalam, Ayer Hitam. lebih kurang 1 jam la perjalanan sebab ayah saya drive macam f1 on the way pergi dan balik saya tidur ;p well u know me.
malas nak mengulas pasal perubatan tradisional ni buat masa ni, yang penting sekarang mak dah beransur pulih. alhamdulillah. harap2 mak sembuh seperti sedia kala. kami sayang mak. apa yang jadi pada mak adalah dugaan dari Allah. kami redha.
*Setiap perbuatan manusia sekecil apa pun akan mendapat balasan dari Allah SWT*.
The posts published on herneenazirlife.blogspot.com are personal opinions only. herneenazirlife.blogspot.com assumes no liability for any malfunction, injury, or other loss or damage, whether direct, consequential, or incidental, arising out of services, companies, or products that have been featured, reviewed, given away, advertised, or written about on herneenazirlife.blogspot.com.What works for one person might not for others.